Penetapan harga karbon dilihat sebagai ‘jalan penyelesaian’ untuk mengurangkan pelepasan karbon industri keluli Malaysia

Pelaburan dari China memacu pengeluaran keluli intensif-karbon dalam sektor keluli Malaysia.

A steel manufacturing plant in Indonesia (for BM story)
Pembuatan keluli menyumbang kepada 6 peratus penggunaan tenaga global dan 6 hingga 9 peratus pelepasan karbon. Trend ini diunjurkan berkembang sebanyak 15 hingga 20 peratus antara 2030 dan 2050. Imej: GRP/ Facebook

Read in English here.

Laporan baharu oleh kumpulan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mencadangkan penetapan harga karbon sebagai jalan penyelesaian yang berdaya maju bagi industri keluli Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG), memandangkan pengeluaran keluli sedang berkembang pesat di negara ini.

Industri keluli menyumbang hampir 8 peratus pelepasan GHG di seluruh dunia pada setiap tahun. Walaupun industri tersebut berusaha untuk menuju ke arah kaedah pengeluaran rendah karbon seperti menggunakan teknologi relau arka elektrik (EAF), pengembangan sebahagian besar industri keluli di Malaysia adalah berdasarkan teknologi relau bagas-relau oksigen asas (BF-BOF) berasaskan arang batu yang sangat mencemarkan.

“Industri keluli Malaysia telah berubah daripada kadar karbon lebih rendah daripada purata dunia kepada kadar yang lebih tinggi,” kata pengarang laporan Dr Renato Lima seorang ahli gabungan penyelidikan di Institut Teknologi Massachusetts (MIT), dan juga felo kanan di IDEAS Malaysia.

Laporan itu menunjukkan bahawa pengeluaran keluli berat karbon di Malaysia didorong terutamanya oleh pelaburan asing dari China. Pembinaan kilang keluli relau bagas baharu yang disokong oleh China telah memburukkan lagi isu kelebihan kapasiti di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.

Steel production in Malaysia

Pengeluaran keluli di Malaysia telah berkembang sebanyak 69 peratus (+2.84 megatan) antara 2018 dan 2019, berikutan permulaan pengeluaran keluli oleh Alliance Steel China dari hujung 2017. Alliance Steel mempunyai kapasiti pengeluaran 3.5 megatan setahun. Imej: Laporan IDEAS.

“Pengeluar keluli China telah meningkatkan pelaburan mereka di negara Asean berikutan kelebihan kapasiti dan penurunan permintaan di China. Peningkatan cukai dan peraturan penjagaan alam sekitar yang lebih ketat bersama dengan sekatan ke atas pelaburan keluli baharu di China juga telah menjadikan negara-negara Asean sebagai pilihan yang menarik,” berkata laporan tersebut.

Kapasiti pengeluaran keluli Malaysia dijangka untuk berkembang lebih pantas berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, meningkat sebanyak 32.8 juta tan setahun iaitu daripada 16.1 juta tan setahun pada 2023 kepada 48.9 juta tan setahun menjelang 2030. Ini merupakan peningkatan lebih daripada 200 peratus, menurut Institut Besi dan Keluli Asia Tenggara.

Data daripada Institut Keluli Malaysia (MSI) menunjukkan bahawa pelepasan GHG daripada pengeluaran keluli mencapai 12,228 gigagram setara karbon dioksida (GgCO2e) pada 2019, peningkatan sebanyak 370 peratus, berbanding 2,593 GgCO2e pada 2011.

Pengembangan pesat kilang keluli relau bagas di Malaysia diunjurkan untuk meningkatkan lagi pelepasan GHG kepada 38,695 GgCO2e menjelang 2030, menyumbang hampir 12 peratus pelepasan GHG negara.

Malaysia steel industry emissions

Pengembangan pesat kilang keluli relau bagas di Malaysia diunjurkan meningkatkan pelepasan GHG kepada 38,695GgCO2e menjelang 2030, menyumbang hampir 12 peratus daripada jumlah pelepasan GHG negara. Imej: Laporan IDEAS.

Untuk mengurangkan kadar peningkatan pelepasan yang membimbangkan dan beralih ke arah pengeluaran keluli karbon rendah, IDEAS mengesyorkan penetapan harga karbon — melalui cukai karbon serta sistem cap-and-trade — bersama-sama dengan pelaksanaan Mekanisme Penyesuaian Sempadan Karbon (CBAM) seperti cukai import karbon untuk mengelakkan kebocoran karbon ke negara-negara yang tidak mempunyai penetapan harga karbon.

Malaysia pada masa ini tidak mempunyai satu kerangka kerja penentuan harga karbon atau undang-undang mengenai perubahan iklim yang memberi cabaran langsung kepada kerajaan untuk menangani isu pelepasan GHG secara berkesan di seluruh negara, termasuk sektor keluli.

“Walaupun penentuan harga karbon disebut dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) 2021-2025, tiada perancangan kukuh untuk pelaksanaannya. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 merangka dasar untuk mengurangkan pelepasan GHG tetapi ia tidak mempunyai perincian mengenai harga karbon.”

“Sebaliknya, langkah kawalan sementara secara tidak langsung, seperti moratorium ke atas kapasiti pembuatan baharu oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 2023 telah diperkenalkan untuk mengurangkan pelepasan karbon. Laporan IDEAS mencadangkan bahawa meletakkan harga pada karbon boleh mengurangkan pelepasan gas karbon, kerana ia “memaksa pelaku ekonomi untuk menginternalisasi kos pelepasan GHG dan pilihan teknologi mereka.”

“Cukai karbon secara langsung akan menetapkan harga karbon dengan mengenakan bayaran ke atas pelepasan GHG. Cukai tersebut mewujudkan insentif untuk syarikat-syarikat mengurangkan pelepasan karbon bagi mengelakkan pembayaran cukai. Walau bagaimanapun, pengurangan yang tepat akan bergantung kepada tindak balas syarikat-syarikat terhadap harga karbon.”

Beberapa negara di seluruh dunia telahpun melaksanakan atau sedang merancang untuk melaksanakan penetapan harga karbon untuk industri keluli. Ini termasuk Kesatuan Eropah pada 2005, Korea Selatan pada 2015, India selepas 2024 dan China mulai 2025.

IDEAS menyeru langkah proaktif daripada kerajaan Malaysia untuk menangani isu kelebihan kapasiti dalam pengeluaran keluli di negara akibat peningkatan pelepasan GHG.

Like this content? Join our growing community.

Your support helps to strengthen independent journalism, which is critically needed to guide business and policy development for positive impact. Unlock unlimited access to our content and members-only perks.

Most popular

Featured Events

Publish your event
leaf background pattern

Transforming Innovation for Sustainability Join the Ecosystem →